Friday, July 26, 2013

KULIAH 3
Konsep Kesantunan
-Santun
-Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan
-Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:
i. halus,
ii. nilai rasa yang baik,
iii.penuh kesopanan,
iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.

Kesantunan
Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)
-Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
-Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat
-Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:
i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.
-Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya
ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain
-Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali
-Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu
iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.
-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa
-Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar
iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:
a) cara berpakaian (berbusana),
b) cara bekerja
c) cara bertutur
d) cara makan
e) cara belajar
f) cara berpolitik dan lain-lain

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.

b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.

c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
- Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
 -Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.
 -Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu

II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
-bahasa mesti halus
-beradab sopan
-perlakuan lemah-lembut
-berbudi pekerti

III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
-Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
-Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
- Biasanya mengamalkan budaya yang sama
-Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman

IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis:-
a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.”
e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".

V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.



Monday, July 22, 2013

KULIAH 2

KONSEP BUDI BAHASA

-Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan semasa berkomunikasi dengan orang lain,
-Menurut Amat Juhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
-Kesimpulannya,budi bahasa merujuk kepada tutur kata.
-Setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
-Justera semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara merupakan nilai sejagat yang dituntunt oleh agama, kepercayaan, adat istiadat dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.

Ciri-ciri
-Menurut Mustafa Hj Daud,1995 seseorang yang berbudi  bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Ikhlas
  • jujur
  • benar
  • merendah diri
  • pemurah
  • suka menolong
  • berjasa
  • berbakti
-5 ciri lain yang perlu dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa iaitu:

  • Pemaaf
  • Bersifat sabar
  • Bersikap positif
  • Memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi
  • Bersopan santun/tertib
-Ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata Raja Ali Haji:
                        Hati itu kerajaan di dalam tubuh
                        Jikalau Zalim segalah anggota pun roboh

- Budi bahasa bukan sekadar pertuturan,malah melibatkan tingkah laku.
  • Za'ba (1950) memberikan beberapa contoh tingkah laku yang baik.
  1. Bersalam
  2. Menunjukkan mauka yang manis
  3. cara duduk yang tertib
  4. Melayan tetamu dengan mengidangkan juadah
  5. Membongkokkan badan ketika melintas
  6. Mwnggunakan ibu jari apabila menunjukkan sesuatu

BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.

1.) Masyarakat Melayu
  • Berpegang kuat pada adat resam dan agama
          http://www.youtube.com/watch?v=mljqo2qBStAContoh: Tidak manis/tidak sopan anak dara duduk bersila
  • Memberi salam apabila bersua
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
  • Kata sapan.
  • Kata gelaran.
  • Panggilan.
  • Memberi salam.
  • Bersalam.
  • Bertanya khabar.
  • Melayan tetamu.
  • Menghormati orang tua.
2.)Masyarakat cina
  • Tunduk ketika memberi salam.
  • Orang tua makan dahulu
  • Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
  • Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
3.)Masyarakat india.

  • Duduk bersila semasa makan.
  • Tidak membazirkan makanan.
  • Senyap semasa bersembahyang.
  • Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
  • Mematuhi adat dan resam
  • Salam orang yan lebih tua.

Wednesday, July 17, 2013

Tutorial 1


1.)    Jelaskan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa mengikut pemahaman anda sendiri
Ø  Budi : Budi ialah kata yang ada pada manusia berhubungan dengan kesadaran, yang didorong oleh pemikiran,tingkah laku, perangai dan akhlak. Di dalam perkataan itu tercermin sifat, watak seseorang dalam perbuatan sehari-hari. Budi pekerti sendiri mengandungi pengertian yang positif.
Ø  Bahasa : Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu. Oleh itu, bahasa digunakan dalam aspek kehidupan termasuklah hal-hal budaya dan kebudayaan. untuk maklumat yang lebih terperinci.

Ø  Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan,santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.


2.)    Terangkan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa dalam kalangan bangsa lain di Malaysia
Ø  Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang duberikan kepada individu yang lain. Lazimnyz orang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberidengan ikhlas jikaingin diberkati Allah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
Ø  Manakala bahasa membawa maksud bahawa suatu alat yang diguna pakai dalam pertuturan untuk berkongsi maklumat antara satu sama lain. Perkara ini juga merangkumi pelbagai aspek. Antaranya ialah, pertuturan yang tidak menyinggung perasaan orang lain dan menyakiti hato orang lain.
Ø  Budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang dalam perlakuan, pertuturan , sikap dan perangai. Budi bahasa adalah sangat maslahat dan mesti diamalkan oleh setiap orang tidak kira sesiapa dan seseorang itu berada supaya perasaan orang  lain tidak tersinggung. Kita mesti menjaga perasaan orang lain semasa bercakap dengan mengamalkan amalan budi bahasa.
Ø  Bagi masyarakat cina pula, budi bermaksud kelakuan dan perbuatan yang dilakukan kepada orang lain tidak kira sesiapa. Misalnya, apabila menghadapi masalah, orang Cina boleh membantu orang Melayu dengan hati yang ikhlas, suci dan penuh kerelaan. Bukan itu sahaja, budi dalam masyarakat Cina juga bermaksud pertuturan dan percakapan yang sopan. Contohnya, tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar semasa bercakap atau berbual dengan orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita.

Ø  Seterusnya, Bahasa bermaksud lambang kepada  sesuatu bangsa di dunia ini. Bahasa pula membawa maksud alat komunikasi yang digunakan untuk bertutur dengan orang lain. Jika berbanding dengan bangsa lain, bahasa yang digunakan adalah tidak sama dan masing-masing mempunyai makna, maksud dan erti yang berbeza.
Ø  Budi bahasa membawa maksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa dalam aktiviti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyakiti hati orang lain.
Ø  Bagi bangsa India pula,budi bermaksud  jasa dan sumbangan yang diberikan kepada orang lain dengan hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan balasan daripada orang lain. Jika mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu olehnya, masyarakat akan dipandang rendah terhadap orang tersebut.
Ø  Manakala, bahasa bermaksud suatu alat berkomunikasi yang bersistem yang boleh mengeluarkan pendapat atau maklumat tanpa mengira masa, dan di mana. Bahasa merupakan simbol dan identiti bagi sesuatu kaum.
Ø  Budi bahasa dalam masyarakat india membawa maksud pertuturan yang sopan santun terhadap orang yang lebih tua daripada kita dan juga yang lebih muda daripada kita. Hal ini demikian kerana orang lain dapat mencontohi perlakuan orang yang berbudi bahasa dan dapat mematuhi amalan tersebut.

3.)    Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysiaan

Ø  Dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Ø  Melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun
Ø  Industri pelancongan juga turut meningkat.
Ø  Pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan
Ø  Dihormati oleh orang lain.
Ø  Mudah didampingi oleh orang lain
Ø  Mudah mendapatkan pertolongan daripada orang lain tidak kira apa bangsa ketika berada dalam kesusahan.
Ø  Melahirkan individu yang beretika dan bersopan-santun.
Ø  Melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia


4.)    Bagaimanakah untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia?

Ø  Kempen budi bahasa.
Ø  Sebagai institusi pendidikan, sekolah dan pusat pengajian lain mesti mempertingkat kefahaman pelajar tentang nilai murni menerusi pelbagai subjek diajar.
Ø  Pendidikan agama dan moral, pendidikan akademik sangat penting untuk anak-anak.
Ø  Ibu bapa menjadi teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak supaya diikuti oleh anak-anak kerana “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
Ø  Media massa menyiarkan rancangan televisyen seperti drama yang menunjukkan amalan budi bahasa
Ø  Memberi salam antara satu sama lain
Ø  Saling menolong dan membantu
Ø  Guna nada suara yang menyenangkan semasa bertutur

5.)    5.Nyatakan peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan murid sekolah.
Ø  Menjadi contoh dan teladan yang baik
Ø  Bertutur dengan bahasa yang elok
Ø  Tegur dengan sopan santun jika pelajar melakukan kesalahan
Ø  Memerhati perlakuan pelajar pada setiap masa.
Ø  Memberi layanan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira kaum dan agama .
Ø  Memberi pendidikan yang sewajarnya.
Ø  Membetulkan tingkah laku pelajar yang negatif secara berhemah.



Monday, July 15, 2013

KONSEP BUDI BAHASA

-Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
-Menurut Amat Juhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
KONSEP BUDI BAHASA 

-Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan        bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
-Menurut Amat Huhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur    sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan    diteliti dengan halus terlebih dahulu.
-Kesimpilannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata.
-Setiap gerak laku, tutur kat,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain    sebagai peribadi mahupun ppergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
-Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara  merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan,adat istiadat dan  kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.

Ciri-ciri budi bahasa
-Menurut Mustafa Hj Daud,1995 seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut.

  • Ikhlas
  • Jujur
  • Benar
  • Merendah diri
  • Pemurah
  • Suka menolong
  • Berjasa 
  • Berbakti                    

Budi Bahasa

Kuliah Satu

Budi

 -Perasaan untuk menimbang  baik dan buruk.
 - Tabiat, akhlak, watak yang menonjalkan seseorang yang baik
 - Lahir daripada hati yang suci.
 -Tidak menyakitkan hati dan perasaan orang lain.
 -Tolong-menolong antara satu sama lain.


BAHASA
Bahasa adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah seperti  berikut:Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan
  • satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep maklumat mereka kepada fikiran orang lain.
  • satu kesatuan sistem makna
  •  satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan antara bentuk dan makna.
  • satu ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan, kalimat, dan lain lain.)
  • satu sistem tuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.


 Budi bahasa
1.    Mengamalkan cara pertuturan yang sangat sopan.
2.    Sentiasa beradap sopan terhadap orang lain.
3.    Perkataan yang dikeluarkan tidak menyakitkan hati orang lain.
4.    Sentiasa kawal suara semasa bertutur mengikut situasi.
5.    Tidak mementingkan diri sendiri sahaja semasa bertutur.
6.    Mengeluarkan fikiran dan pendapat supaya berguna kepasa semua orang.