Wednesday, July 17, 2013

Tutorial 1


1.)    Jelaskan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa mengikut pemahaman anda sendiri
Ø  Budi : Budi ialah kata yang ada pada manusia berhubungan dengan kesadaran, yang didorong oleh pemikiran,tingkah laku, perangai dan akhlak. Di dalam perkataan itu tercermin sifat, watak seseorang dalam perbuatan sehari-hari. Budi pekerti sendiri mengandungi pengertian yang positif.
Ø  Bahasa : Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu. Oleh itu, bahasa digunakan dalam aspek kehidupan termasuklah hal-hal budaya dan kebudayaan. untuk maklumat yang lebih terperinci.

Ø  Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan,santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.


2.)    Terangkan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa dalam kalangan bangsa lain di Malaysia
Ø  Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang duberikan kepada individu yang lain. Lazimnyz orang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberidengan ikhlas jikaingin diberkati Allah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
Ø  Manakala bahasa membawa maksud bahawa suatu alat yang diguna pakai dalam pertuturan untuk berkongsi maklumat antara satu sama lain. Perkara ini juga merangkumi pelbagai aspek. Antaranya ialah, pertuturan yang tidak menyinggung perasaan orang lain dan menyakiti hato orang lain.
Ø  Budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang dalam perlakuan, pertuturan , sikap dan perangai. Budi bahasa adalah sangat maslahat dan mesti diamalkan oleh setiap orang tidak kira sesiapa dan seseorang itu berada supaya perasaan orang  lain tidak tersinggung. Kita mesti menjaga perasaan orang lain semasa bercakap dengan mengamalkan amalan budi bahasa.
Ø  Bagi masyarakat cina pula, budi bermaksud kelakuan dan perbuatan yang dilakukan kepada orang lain tidak kira sesiapa. Misalnya, apabila menghadapi masalah, orang Cina boleh membantu orang Melayu dengan hati yang ikhlas, suci dan penuh kerelaan. Bukan itu sahaja, budi dalam masyarakat Cina juga bermaksud pertuturan dan percakapan yang sopan. Contohnya, tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar semasa bercakap atau berbual dengan orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita.

Ø  Seterusnya, Bahasa bermaksud lambang kepada  sesuatu bangsa di dunia ini. Bahasa pula membawa maksud alat komunikasi yang digunakan untuk bertutur dengan orang lain. Jika berbanding dengan bangsa lain, bahasa yang digunakan adalah tidak sama dan masing-masing mempunyai makna, maksud dan erti yang berbeza.
Ø  Budi bahasa membawa maksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa dalam aktiviti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyakiti hati orang lain.
Ø  Bagi bangsa India pula,budi bermaksud  jasa dan sumbangan yang diberikan kepada orang lain dengan hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan balasan daripada orang lain. Jika mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu olehnya, masyarakat akan dipandang rendah terhadap orang tersebut.
Ø  Manakala, bahasa bermaksud suatu alat berkomunikasi yang bersistem yang boleh mengeluarkan pendapat atau maklumat tanpa mengira masa, dan di mana. Bahasa merupakan simbol dan identiti bagi sesuatu kaum.
Ø  Budi bahasa dalam masyarakat india membawa maksud pertuturan yang sopan santun terhadap orang yang lebih tua daripada kita dan juga yang lebih muda daripada kita. Hal ini demikian kerana orang lain dapat mencontohi perlakuan orang yang berbudi bahasa dan dapat mematuhi amalan tersebut.

3.)    Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysiaan

Ø  Dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Ø  Melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun
Ø  Industri pelancongan juga turut meningkat.
Ø  Pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan
Ø  Dihormati oleh orang lain.
Ø  Mudah didampingi oleh orang lain
Ø  Mudah mendapatkan pertolongan daripada orang lain tidak kira apa bangsa ketika berada dalam kesusahan.
Ø  Melahirkan individu yang beretika dan bersopan-santun.
Ø  Melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia


4.)    Bagaimanakah untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia?

Ø  Kempen budi bahasa.
Ø  Sebagai institusi pendidikan, sekolah dan pusat pengajian lain mesti mempertingkat kefahaman pelajar tentang nilai murni menerusi pelbagai subjek diajar.
Ø  Pendidikan agama dan moral, pendidikan akademik sangat penting untuk anak-anak.
Ø  Ibu bapa menjadi teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak supaya diikuti oleh anak-anak kerana “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
Ø  Media massa menyiarkan rancangan televisyen seperti drama yang menunjukkan amalan budi bahasa
Ø  Memberi salam antara satu sama lain
Ø  Saling menolong dan membantu
Ø  Guna nada suara yang menyenangkan semasa bertutur

5.)    5.Nyatakan peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan murid sekolah.
Ø  Menjadi contoh dan teladan yang baik
Ø  Bertutur dengan bahasa yang elok
Ø  Tegur dengan sopan santun jika pelajar melakukan kesalahan
Ø  Memerhati perlakuan pelajar pada setiap masa.
Ø  Memberi layanan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira kaum dan agama .
Ø  Memberi pendidikan yang sewajarnya.
Ø  Membetulkan tingkah laku pelajar yang negatif secara berhemah.



No comments:

Post a Comment