Dalam
masyarakat kini, masalah sosial semakin tambah dan dipaparkan melalui media
masa. masalan sosial ini kebanyakan datang dari kalangan remaja.Budaya melepak
merupakan masalah sosial yang paling banyak ditayangkan.Kita dapat saksikan
bahawa kalangan remaja sering berjalan-jalan di kompleks beli-belah atau
duduk-duduk di tembok jalan dengan tanpa hala tujuan. Malah, sesetengah
kalangan remaja sering mengusik gadis-gadis yang lalu-lalang di tepi jalan
dengan berbahasa kerang sopan, atau berbual-bual kosong dan membuat bising
tanpa hala tujuan. Masalah ini akan diwujudkan kebanyakan adalah disebabkan
oleh hal-hal keluarga. Ahli keluarga mereka sering bergaduh ataupun adanya yang
ibu bapa bercerai. Mereka melepak di luar bersama kawannya tujuannya adalah
untuk mendapatkan hiburan ataupun melepaskan geram ataupun tekanan mereka.
Sesetengah pula merokok bersama kawan-kawan mereka.
Selain
itu, budaya buli juga sering berlaku dalam sekolah. Sejak-sejak ini, kita pun
tahu bahawa dalam sesebuah sekolah, seorang remaja lelaki telah dipukul oleh
sekumpulan remaja lelaki. Pihak sekolah tersebut juga tidak mengambil tindakan
terhadap kumpulan remaja lelaki tersebut disebabkan remaja kini semakin biadap
dan liar.Golongan remaja akan bertindak begitu kebanyakan dipengaruhi oleh
media masa.Kebanyakan filem keganasan ditayangkan dalam pawangan wayang. Jenis
filem ini amat disukai oleh remaja-remaja masa kini terutamanya remaja lelaki.
Jadi, mereka akan belajar tindakan yang dipaparkan dalam wayang tersebut.
Bukan
itu sahaja, remaja juga sering mengamalkan amalan lari dari rumah. Hal ini
dapat diyaksikan melalui surat khabar. Remaja yang lari dari rumah
kebanyakannya adalah lari bersama teman lelakinya. Remaja-remaja selalu
berkawan dengan orang yang tidak berkenaan. Hubungan mereka juga berkembang dengan
cepat sehingga menjadi teman lelaki dan teman wanita. Hal ini akan terjadi
disebabkan pengawasan yang tidak ketat di sekolah. Kebanyakan remaja suka
bertemu dengan teman lelaki atau teman wanita di depan pintu sekolah tanpa
kesedaran ibu bapa. Oleh itu, mereka senang ditipu dan dipujuk oleh orang luar
dengan kata manis.
Ada
juga remaja-remaja yang selalu ponteng sekolah. Mereka ponteng sekolah tujuan
utamanya adalah berkunjung ke kafe internet. Mereka terjerumus dengan laman web
permainan di kafe internet. Mereka boleh menghabiskan masa mereka dengan
perkara yang tidak berfaedah di kafe internet. Hal ini akan terjadi disebabkan
kawalan sosial yang longgar.Para ibu bapa lebih menumpukan masa dan tenaga
untuk mencari mata pencarian di luar rumah, secara tidak langsung telah
menimbulkan rasa bosan dan kesunyian di hati anak-anak. Lantas, anak-anak mudah
mengikut ajakan rakan-rakan untuk berhibur dalam laman web.
Tambahan
pula, yang lebih seriusnya adalah kegiatan lumba haram. Mereka berlumba
motosikal di tempat yang tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang
besar. Mereka telah membahayakan nyawa mereka dalam lumba haram tersebut.
Mereka akan berbuat demikian kebanyakan adalah mereka tidak puas hati terhadap
keluarga mereka atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka telah memilih
cara begini untuk melepaskan geram yang ada dalam hati mereka.
Untuk
mengatasi masalah sosial yang tersisiar dalam masyarakat ini, pihak berkuasa
haruslah menguatkankuasa untuk menangani masalah sosial tersebut. Tambah pula,
pihak ibu bapa juga haruslah lebih mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Bumi
mana tidak ditimpa hujan. Jadi pihak ibu bapa haruslah mengubah sikap
mereka yang dahulu.
Tuntasnya,
saya berharap masalah sosial ini dapat diatasi selepas pelbagai pihak telah
menjalankan kewajipan mereka.
No comments:
Post a Comment