Mat Rempit’
merupakan istilah baru yang muncul dalam diari kehidupan anak-anak muda.‘Mat
Rempit merujuk kepada gelagat atau perilaku anak muda yang terlibat dalam
kegiatan lumba motosikal haram. Isu Mat Rempit dan kerenah buruk mereka sering
kali dipaparkan dalam media negara. Kes yang melibatkan Mat Rempit sering
menghias dada akhbar telah memeningkan masyarakat termasuk pihak polis. Mereka
tidak pernah serik ditahan polis,dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atau melihat
rakan ‘seperjuangan’ maut di depan mereka. Mereka terus menjadi raja di jalan
raya dan terus angkuh memperlihatkan aksi akrobatik seperti dirasuk syaitan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, budaya kumpulan motosikal
‘Hell-Angel’ itu ditiru secara tidak langsung oleh Mat Rempit sehingga mereka
turut terjerumus dalam kegiatan jenayah. Statistik polis pula menunjukkan
bahawa majoriti golongan berani mati ini terdiri daripada remaja yang masih
bersekolah hinggalah remaja berusia 20-an yang bakal merajui Negara.
.Masyarakat kita haruslah sama-sama berganding bahu mengenal pasti punca-punca
gejala Mat Rempit dan mencari langkah-langkah yang sewajarnya untuk
meminimumkan masalah ini.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh media massa merupakan punca dominan kepada masalah Mat Rempit yang semakin berleluasa pada masa kini. Pengaruh budaya luar yang diserap ke dalam media massa telah meracuni fikiran belia. Perbuatan tidak bermoral Mat Rempit seperti penagihan dadah, seks bebas, pengambilan alkohol. Jenayah ragut, dan sebagainya sebenarnya meniru budaya ‘Hell-Angel’ dari Amerika Syarikat. Budaya tersebut telah disanjungi oleh remaja kerana menganggap ilusi ‘cool’ mereka sebagai aktiviti menyeronok. Selain itu, filem-filem yang mengandungi unsur-unsur perlumbaan juga terus mempengaruhi minda remaja. Contohnya, filem-filem seperti ‘Tokyo Drift’, Fast And The Furious’, ‘Initial-D’, dan ‘Kuala Lumpur Menjerit’ telah mendorong golongan remaja mempelajari aksi-aski pelakon yang dianggap bergaya dalam filem-filem tersebut. Golongan Mat Rempit yang dipengaruhi oleh media massa pula ghairah mengubahsuaikan motosikal mereka seperti yang ditunjukkan dalam filem sehingga mengabaikan ciri-ciri keselamatan.

Sikap
ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakuan anak mereka juga
mengakibatkan gejala Mat Rempit. Pada masa kini, sikap ibu bapa yang
mementingkan aspek materialistik telah menyebabkan mereka begitu fanatik untuk
mencari wang demi meningkatkan kehidupan mereka. Akibatnya, mereka telah
mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa untuk mendidik anak mereka.
Mereka tidak mengambl berat tentang keselamatan anak mereka dan membiarkan anak
mereka menunggang motosikal tanpa berlesen. Situasi ini amat berbahaya kerana
anak mereka yang tanpa lesen tidak mengetahui keselamatan dan kemungkinan besar
terlibat dalam perlumbaan haram. Selain itu, mereka juga akan merayau-rayau di
jalan raya. Mat rempit ini juga ibarat kutu rayau yang suka merayau dan
mengganggu ketenteraman pada waktu malam. Di samping itu, sesetengah ibu bapa
terlalu liberal terhadap sosial dan tidak pernah menegur tingkah laku anak
mereka sudah tentu memburukkan keadaan ini. Sekiranya ibu bapa tidak berupaya
memberi tunjuk ajar yang betul, sudah tentu jati diri anak yang dibentuk jauh
rapuh. Sikap ibu bapa inilah ibarat ketam menyuruh anaknya berjalan lurus.
Isu Mat Rempit yang semakin berleluasa juga disebabkan oleh kelonggaran penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, usaha polis trafik yang mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pengerakan Mat Rempit seolah-olah diperlekehkan oleh golongan Mat Rempit. Hal ini menyebabkan mereka semakin mendabik dada untuk mencabar kewibawaan undang-undang. Mereka yang bijak melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa dan akan cuba beberapa kali untuk berlumba di atas jalan raya. Mereka tidak berasa jemu masuk ke lokap apabila ditangkap kerana mereka berupaya membayar kompaun atau saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mereka akan memberanikan diri untuk menperjudikan nyawa diri di atas jalan raya semata-mata untuk keseronokan. Menurut statistik yang dikeluarkan, gejala Mat Rempit bukan sahaja tertumpu di Kuala Lumpur tetapi telah merebak hampir kesemua negeri di Malaysia. Suasana hening malam minggu juga bertukar menjadi bingit dan bising dengan deruman motosikal.
Bagi membendung masalah Mat Rempit ini daripada terus berleluasa, langkah-langkah inisiatif haruslah diambil dengan secepat mungkin. Undang-undang yang lebih ketat dan sistematik dan haruslah dikuatkuasakan. Pihak polis haruslah meningkatkan langkah pnguatkuasaan dan tidak berkompromi dengan golongan ini serta mengelakkan daripada amalan mengambil rasuah semasa mengambil tindakan terhadap mereka. Contohnya, polis trafik telah mengarahkan 5000 pengawai dan anggota menjalankan operasi secara besar-besaran untuk menangani masalah Mat Rempit bagi memastikan mereka tidak menggugat ketenteramam awam menjelang Tahun Melawat Malaysia 2007. Cadangan untuk merampas motosikal dan menggantung lesen mereka yang terlibat dalam dalam gejala lumba haram juga terlihat sebagai satu prakasa yang dapat menangani masalah ini. Secara tidak langsung, langkah ini juga akan memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius terhadap gejala Mat Rempit ini.

ibu bapa yang seharusnya prihatin terhadap kegiatan anak mereka juga dapat
mengurangkan gejala Mat Rempit. Ibu bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa
untuk mendidik anak-anak mereka. Mereka juga harus dijadikan sebagai teladan
yang baik terhadap anak-anak mereka supaya amalan-amalan bermoral dapat
dicontohi oleh anak-anak mereka. Hal ini menggambarkan ‘bagaimana acuan,
begitulah kuihnya’ telah menunjukkan betapa pentingnya pengaruh ibu bapa terhadap
anak-anak. Ibu bapa juga harus mementingkan kebajikan anak mereka tetapi bukan
kelihatan liberal tentang sosial. Sikap begini secara tidak langsung dapat
membantu dalam mengurangkan kes-kes yang membabitkan Mat Rempit. Sebagaimana
gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan oleh ibu bapa amat penting
untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut. Mereka harus
bersikap positif dan aktif dalam bekerjasama dengan pihak masyarakat supaya
dapat membendung masalah ini. Sikap ibu bapa yang tidak endah terhadap apa-apa
yang berlaku di sekeliling mereka juga harus dielakkan. Hal ini dapat menjamin
supaya gejala Mat Rempit dapat diatasi dengan mujarab.
Kesimpulannya, masalah Mat Rempit haruslah dikekang secara bersepadu melalui kerjasama daripada pihak ibu bapa, masyarakat dan kerajaan. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sikap berganding bahu dan menggembleng kudrat antara pihak-pihak tertentu amat penting untuk meminimumkan gejala ini. Hal ini disebabkan Mat Rempit terdiri daripada golongan remaja belia yang bakal menerajui kepimpinan sesebuah negara. Mereka ini merupakan modal insan yang sangat berharga sekiranya didekati, dibimbing, dipupuk dengan nilai, dan akhlak yang mulia. Mereka perlu disemai dengan ciri-ciri berhemah tinggi, bertanggungjawab, cinta akan negara dan bangsa. Kemungkinan dengan usaha tanpa henti daripada semua pihak, deruman enjin motosikal dan aksi gila Mat Rempit tidak akan kedengaran lagi pada suatu hari nanti. Oleh itu, isu Mat Rempit perlu diambil berat dan diminimumkan dengan segera agar masalah ini tidak menjadi duri dalam daging ya
ng akan membobrok pembangunan sesebuah Negara.

No comments:
Post a Comment