Rasuah merupakan gejala yang sinonium dengan masyarakat kita pada hari ini. Definisi rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud wang yang diberikan oleh orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu denagn cara yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang negara. Gejala ini merupakan duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita. Syed Hussein al atas menyatakan bahawa rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Menurut Transparency International, Indeks Persepsi Rasuah (CPI), malaysia berada pada tangga ke 47 daripada 180 buah negara pada tahun 2008 dan keadaan ini amat membimbangkan kerana gejala rasuah ini memberi kesan yang buruk kepada nama baik negara kita. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan integriti dan maruah malaysia sekaligus menimbulkan kesan negatif.
Gejala
rasuah di malaysia berada pada tahap sederhana dan terkawal. Namun begitu,
amalan rasuah masih berlaku dalam semua peringkat kehidupan manusia. Amalan
rasuah juga merupakan penyakit masyarakat yang sukar diatasi kerana pengetahuan
tentang keburukan gejala rasuah ini kurang diketahui oleh masyarakat pada hari
ini. Walau bagaimanapun, masyarakat sekarang yang masih mengamalkan amalan
rasuah ini harus sedar bahawa undang-undang negara kita tidak akan memandang
enteng amalan rasuah ini kerana perkara ini merupakan amalan yang buruk yang
boleh menggugat keamanan dan ketenteraman masyarakat setempat mahupun negara.
Pihak mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pembeeri dan penerima
rasuah jika mereka ditangkap. Statistik terkini menunjukkan bahawa bilangan kes
rasuah yang disiasat meningkat dua kali ganda, daripada 663 kes (2001) kepada
1317 (2006). Bilangan tangkapan juga meningkat dari 318 (2001) kepada 564
(2006). Jika amalan ini masih berterusan, ia dapat menggugat keutuhan
masyarakat dan tidak mustahil suatu hari nanti negara kita akan tergadai.
Setiap
perkara yang berlaku pasti ada puncanya seperti yang nyatakan dalam perumpamaan
melayu, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Salah satu puncanya ialah
kurangnya didikan agama dan moral. Hal ini demikian kerana, pegangan agama yang
kuat mampu membendung gejala ini dan setiap agama juga melarang penganutnya
melakukan sesuatu yang boleh memudarkeluarga, masyarakat dan negara. Orang yang
tidak mempunyai iman yang kuat senang terpengaruh dengan kebendaan dan sering
mengejar kekayaan. Mereka harus sedar bahawa setiap wang yang
dibelanjakan hasil daripada rasuah merupakan wang haram dan tidak boleh
digunakan untuk keperluan harian anak-anak. Hal ini demikian kerana, dalam
agama Islam terutamanya, melarang keras penganutnya melakukan amalan ini dan
jika mereka membeli makanan daripada wang hasil rasuah makanan itu haram
diberikan kepada anak-anak untuk dimakan kerana makanan yang haram dapat
menggelapkan hati manusia. Oleh itu, didikan agama amat penting dan merupakan
asas untuk membendung segala masalah sosial seperti rasuah.
Setiap
punca masalah ynag berlaku pasti ada jalan penyelasaiannya bak kata pepatah di
mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika kita ingin membendung gejala ini,
pasti ada langkahnya. Ibu bapa dan guru perlu menanamkan nilai murni dalam jiwa
setiap anak tentang keburukan rasuah. Hal ini demikian kerana, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sendiri perlulah bersikap jujur kepada diri
sendiri iaitu, ibu bapa sendiri perlulah menjauhi amalan rasuah kerana jika ibu
bapa yang melakukan rasuah dan cuba untuk menasihati anak-anaknya untuk tidak
melakukan perkara itu, nescaya anak itu tidak akan mendengar nasihat ibu
bapanya. Hal ini disebabkan oleh ketidakcekapan ibu bapa untuk menanam atau
memupuk nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Pihak guru juga boleh
berkongsi maklumat terkini tentang gejala rasuah ini kepada pelajar-pelajarnya
sebagai pengetahuan juga sebagai teladan dalam kehidupan seharian. Dengan itu,
kerjasama daripada pihak ibu bapa dan guru boleh melahirkan pelajar yang
mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan benci kepada amalan rasuah.
Kesungguhan
daripada pihak kerajaan untuk membendung amalan ini juga amat penting. Kerajaan
telah menggubal Pelan Integriti Nasional PIN. Pelan Integriti Nasional adalah
satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan
masyarakat Malaysi. Institut Integriti Malaysia (IIM), ditubuhkan
sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional
(PIN). Objektif utama IIM ialah untuk membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang
berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. Kedua dua in juga ditubuhkan
bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pendidikan tentang keburukan rasuah.
Pada tahun 2008, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM telah
diluluskan di Dewan Rakyat dan ia bermaksud SPRM diberi kuasa penuh untuk
menghapuskan rasuah. Oleh itu, rasuah merupakan penyakit yang perlu ditangani
segera sebelum ia menjadi lebih serius.
Tuntasnya,
semua pihak tidak kira pangkat atau harta, mestilah bersatu dan menggembleng
tenaga untuk memeastikan rasuah gejala yang berjangkit ini dapat diatasi.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Rasuah juga terjadi disebabkan
faktor dalaman dan luaran. Rasuah juga berlaku di mana-mana sahaja tanpa batas
waktu dan tempat. Pihak berkuasa terutamanya perlu mengelakkan diri daripada
terlibat dengan gejala ini kerana umum diketahui, ramai pihak berkuasa menerima
rasuah dan tidak amanah melaksanaknan tugas dan tanggungjawab. Harapan saya
agar amalan rasuah ini dapat dibanteras hingga ke akar umbi. Tindakan yang diambil
hendaklah saksama dan bukan sekadar terhadap golongan “ikan bilis” tetapi juga
terhadap golongan atasan. Mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman yang
berat kerana telah mereka telah menconteng arang kepada negara kita.
No comments:
Post a Comment