Friday, October 4, 2013

Kuliah 8

PERATURAN BERBAHASA

Ø Aspek Linguistik
 ü Sebutan
 ü Intonasi
 ü tatabahasa

Ø Aspek Sosiolinguistik
 ü Jarak Sosial
 ü Giliran Bercakap
 ü Memulakan dan Mengakhiri Percakapan
 ü Konteks Percakapan

Ø Aspek Pragmatik
 ü Pemilihan Kata
 ü Tujuan/Matlamat


Peraturan Berbahasa

Ø Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturanperaturan yang tertentu.

Ø Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu
mengamalkan santun bahasa.

Ø Peraturan tersebut terdiri daripada tiga iaitu:
i. Peraturan linguistik
ii. Peraturan sosiolinguistik
iii. Peraturan pragmatik

1. Peraturan linguistik

Ø Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.

Ø Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa.

Ø Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.

Ø Bagi urusan tidak rasmi kadang-kadang pengaruh dialek  bahasa akan digunakan oleh penutur.


Ø Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada peraturan linguistik yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi.

Ø Contohnya, penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya mestilah dipatuhi dalam komunikasi bertulis seperti dalam penulisan surat, laporan dll.

Ø Begitu juga penggunaannya dalam komunikasi lisan seperti kata ganti diri yang tepat terhadap seseorang.

Ø Intonasi percakapan hendaklah rendah apabila bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua.

Ø Intonasi yang tinggi tidak dianggap biadab jika berinteraksi dengan sahabat handai yang rapat.

Ø Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus supaya dapat menjelaskan mesej dengan baik serta santun.

Ø Sebab pertama peraturan linguistik dipatuhi adalah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan.

Ø Sebab kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat dapat mengurangkan jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek atau keragaman bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak.

2. Peraturan sosiolinguistik

ü Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan).

üPeraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.

ü Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.

ü Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.

ü Penggunaan gelaran( seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan lain-lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang
Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.

ü Dalam suasana tidak rasmi juga masih diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara.

ü Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.

ü Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan
perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.

ü Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya , misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.

ü Maksudnya komunikasi yang santun mestilah diambil kira faktor jarak sosial.

ü Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.

ü Sekiranya kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya rapat dengan kita seperti rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali sekiranya kita berbual dengan ibu bapa atau orang-orang yang lebih tua daripada kita.

ü Begitu juga jika kita berinteraksi dengan orang yang mempunyai status yang lebih tinggi seperti sultan, menteri, pengarah dan sebagainya sudah pasti berbeza sebutan, pemilihan kata, sebutan
bahasa yang digunakan.

ü Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik.

ü Aspek sosiolinguistik seterusnya ialah cara memula dan mengakhiri percakapan juga mempengaruhi kesantunan berbahasa.

ü Bagi masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi/selamat petang dan memberikan kata-kata hormat kepada
hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang-orang tua.

ü Manakala mengakhiri percakapan dengan mengucapkan terima kasih dan diakhiri dengan wabillahhitaufik warahmatullahhiwabaratuh.

ü Selain itu, masyarakat Melayu juga mementingkan giliran percakapan.

ü Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan.

ü Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap.

ü Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua mestilah memastikan orang tua telah habis bercakap dan memulakan bicara dengan berkata “ maafkan saya, bolehkah saya memberikan pendapat.”

ü Begitu juga seorang anak dianggap biadab sekiranya memintas atau menyampuk percakapan ibu bapanya yang sedang bercakap. Jika hendak bercakap pastikan ibu bapa telah selesai bercakap.

ü Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi kesantunan berbahasa.

ü Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta sesuatu, maka penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada saya.”


ü Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah menggunakan bahasa yang memujuk dan halus serta tidak meninggikan nada suara.

ü Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika semasa berkomunikasi.

ü Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah begitu ketat dipatuhi.

ü Namun begitu, kesantunan berbahasa dari segi konteks percakapan bergantung kepada perkara-perkara berikut:
→ Pertama, berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan, tetapi juga berkaitan dengan perbuatan. Perkataan yang tergolong santun, tetapi apabila diiringi dengan perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak santun, maka perkataan itu dikatakan tidak santun.
→ Kedua, perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada keadaan. Suatu perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu mungkin dipandang santun, tetapi jika diucapkan pada keadaan yang lain mungkin dianggap tidak santun.
→ Ketiga, aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada tujuan percakapan. Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun memuji masakan isteri dengan mengatakan ‘ Masakan sayang sedap!, tidak dianggap santun oleh isterinya sekiranya dinterpretasikan sebagai sindiran, misalnya dalam konteks suami menyindir istrinya yang tidak pandai
memasak.

3. Peraturan pragmatik

v Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan.

v Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.

v Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang.

v Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.

v Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.

v Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama
kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain.

v Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.

v Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan, pemaparan, penghujahan , pembujukan dll.

v Setiap wacana tersebut memerlukan pemilihan kata yang berbeza yang sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya.

v Misalnya wacana jenis penceritaan seperti cerpen dan novel memerlukan bahasa yang halus, pemilihan kata yang puitis, serta penggunaan ayat-ayat yang menarik supaya menarik minat pembaca.

v Jika kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk penggunaan kata-kata pujian banyak digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih dll supaya dapat mempengaruhi oarang yang dipujuk.

Kuliah 7

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN
→Kesantunan lisan
→Kesantunan penulisan


 Kesantunan Lisan
• Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
a. Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
b. Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

• Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas
tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.

• Ini bermakna ia dinilai dengan serta merta, dan dapat
menimbulkan kesan yang serta-merta juga.

• Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.

• Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima.

• Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
a. Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
b. Suara dan intonasi yang sopan
c. Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
d. Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
e. Penggunaan sistem panggilan yang betul
f. Gaya bahasa yang sesuai
g. Isi perbincangan yang tidak sensitif

• Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
a. Gaya percakapan yang sopan
b. Pandangan mata yang sesuai
c. Gerak laku yang bertatasusila
d. Mimik muka yang positif
e. Hayunan tangan yang sesuai
f. Imej diri

•Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk:
a. Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan,ucapan, pidato, forum dll
b. Tidak rasmi/ tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri dll.

• Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.

• Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.

• Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti `cik ’ atau `saudari ’ , `encik ’ dan `saudara ’ . Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan `pak cik’ atau `mak cik’ kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka `encik ’ dan `puan ’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.

• Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.

• Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau
urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama
 kesantunan bahasa tetap terpelihara.

• Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa
hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.

• Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik
susunannya serta mematuhi sistem bahasa.

• Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adap sopan yang
berkaitan dengan sistem sosial.

• Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat
serta pangkat hendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh
pihak berkuasa.


 Kesantunan Penulisan

• Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan
pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca
atau digunakan pada masa akan datang.

• Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara
bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.

• Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:
a. Surat kiriman rasmi
b. Laporan
c. Kertas kerja
d. Ucapan rasmi
e. Pidato
f. Minit mesyuarat
g. dll

• Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti
penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dll.

• Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek
kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:-
a. Penggunaan kata panggilan yang betul
b. Kata sapaan yang betul
c. Gaya bahasa yang tepat
d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
e. Isu yang tidak sensitif

Kuliah 6

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

•Kesantunan Verbal
•Kesantunan Bukan Verbal

Kesantunan Verbal

•Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab
•Dikenali sebagai kesantunan berbahasa
•Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
•Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa
tersebut.
•Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda
menghormati orang lain.

  • Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
  • Assalamualaikum".
  • Contoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya
  • Semasa kita berkomuniksi komponen2 bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan
  • Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa
  • Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul
  • Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata
  • Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat


Aspek-aspek Kesantunan Verbal
1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
ØBahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

4. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

5. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

6. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat,umur dan keakraban hubungan.
•Lihat contoh berikut:
-Pak cik- digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah sendiri.
-Mak cik - digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
-Tok -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
-Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya .
-Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
-Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri.

7. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:

i.a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
-(Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
b. Gabungan nama kekeluargaan asas
-(Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
• Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.
- (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua).
-Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. 
Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
-Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
-Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
-Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor,
Profesor dan sebagainya.
-Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
- Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
- Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

9. Gelaran Warisan
-Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

-Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei
Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

-Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

-Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

10. Gelaran Kurniaan
Ø Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

ØPendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).

ØGelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


11. Kata Panggilan dalam majlis rasmi


  • Yang di-Ppertuan Aagong dan Raja Permaisurii Agong - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda.
  • Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Pmaisuri- Duli Yang Maha Mulia
  • Raja Mudah atau Tengku Mahkota- Duli Tang Teramat Mulia / Yang Teramat Mulia
  • Kerabat Diraja Karib - Yang Amat Mulia
  • Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri- Yang Amat Berhormat.
  •  Menteri, Ahli Perlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri - Yang Berhormat Mulia
  • Ketua Haki Nnegara - Yang Amat Arif
  • Ketua Polis Negara - Yang Amat Setia
  •  Hakim- Yang Arif



Kesantunan Non Verbal
-Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.

-Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh.

-Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-
i.Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
ii.Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol
atau lambang.




iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.

iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.

v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.

Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal

i. Gerakan Anggota Badan
•Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
• Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
• Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti;
- Isyarat gerakan tangan
- Isyarat air muka
- Bahasa tubuh
 
 


ii. Gerakan Mata
•Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.
•Contohnya:
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
ØMata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
ØMata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
ØTidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.









iii. Gerakan Tangan
• Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.
• Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
• Contohnya:
ØIsyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
ØTerdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap
ØIsyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
ØSecara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.

iv. Mimik Muka
• Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
• Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
• Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang.
•Contohnya:
ØMelalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan
mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.
ØMerupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
ØAhli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya.
ØRiak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.


Tutorial 5

Kuliah 5

Konsep Budaya
•Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
•Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
•Kamus Dewan Bahasa-budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi (cara  berfikir, kelakuan dll)
•Kebudayaan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
•Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
•Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.
•Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan    pergeseran dalam sesuatu interaksi.
•Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak      perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni  dalam komunikasi.
•Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka    (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
•Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek  berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan.
•Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang  sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan  keihklasannya.
•Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan    hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.
•Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan di sepakati bersama oleh suatu  masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.
•Jadi konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun terdapat  perbezaan.
•Maksudnya nilai kesantunan adalah berbeza-beza di antara masyarakat di dunia ini.
•Contohnya, nilai A dikatakan santun dalam masyarakat A, namun nilai itu dianggap tidak  santun dalam kalangan masyarakat B.
•Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun  dalam masyarakat masing- masing

 (KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA).
  
•Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.
•Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai.
•Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi  penekanan dalam proses berkomunikasi.
•Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya. 

KOMUNIKASI SILANG BUDAYA

•Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar  budaya yang pelbagai.
•Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras,  bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
•Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina  dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.
•Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap dunia, kepercayaan dan  tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
•Jadi segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat  yang maksimun jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan    diihayati.
•Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan    gaya bahasa serta perilaku bukan verbal.
•Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat.
•Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi.
•Komunikasi terikat rapat dengan budaya.
•Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan
 berbeza.
•Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan  melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang.
•Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan    berlakunya salah faham.
•Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim  sebagai cara menghormati tetamu
•Namun bagi masyarakat timur – sesuatu yang tidak sopan
•Pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu,  asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun.
•Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak    melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.
•Dalam masyarakat Melayu melayan tetamu sangatlah diutamakan walaupun dalam keadaan sibuk, namun bagi masyarakat Korea sekiranya sibuk mereka memberitahu secara terus dan akan menyuruh tetamu itu balik.
•Jika tetamu itu orang Melayu sudah pasti akan menimbulkan perasaan kecil hati.

Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia

•Kesantunan sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di Malaysia.
•Perpaduan akan dicapai melalui amalan kesantunan yang diamalkan dalam kehidupan s    seharian.
•Namun, masalahnya ialah terdapat perbezaan budaya antara masyarakat Melayu, India, Cina  dan lain-lain
•Jadi adalah sangat penting bagi setiap kaum memahami dan menghayati nilai-nilai budaya yang akan mempengaruhi amalan kesantunan.

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu

  • Berpegang kuat pada adat resam dan agama.
  • Memberi salam apabila bersua.
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
  • Kata sapan.
  • Kata gelaran.
  • Panggilan.
  • Bersalam.
  • Bertanya khabar.
  • Melayan tetamu.
  • Menghormati orang tua.
  • dll


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina

  • Tunduk ketika memberi salam.
  • Orang tua makan dahulu.
  • Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
  • Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.


Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India

  • Duduk bersila semasa makan.
  • Tidak membazirkan makanan.
  • Senyap semasa bersembahyang.
  • Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
  • Mematuhi adat dan resam
  • Salam orang yang lebih tua.




Kesantunan Merentas Budaya dari Segi Pendidikan

•Kerjaya sebagai seorang guru tidak mengira kaum dan akan mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai kaum

•Jadi seorang guru mestilah sentiasa  mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik dari    segi:


i. kesantunan berpakaian 
→ Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam.Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

ii. Kesantunan tingkah laku
→ gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah, berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.
→Tingkah laku guru menjadi model kepada anak didik.

iii. Kesantunan berkomunikasi 
→Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat
→Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengansituasi ketika berkomunikasi. 
→ Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang  sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya. 
→Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun muridmenunjukkan tingkahlaku yang bermasalah. 
→ Guru juga menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya. 


Tuesday, October 1, 2013

Tutorial 3

Menurut Awang Sariyan (2007) kesantunan merupakan penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Kami akan memberi sedikit penjelesan tentang penggunaan bahasa yang baik dalam kalangan masyarakat dan juga panggilan bagi setiap orang ahli keluarga dan orang lain.

Tutorial 2

Kami telah memilih satu video pendek daripada masyarakat India yang bertajuk Ethir Neechal dan juga masyarakat melayu yang bertajuk Rock Oo.