Friday, October 4, 2013


Pantun ....

Santunkah kita
Apabila berbicara mendabik dada
Apabila bercakap bohong belaka
Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna
Apabila mengajar kepalang ajar
Apabila berjanji dimungkiri
Ada akal tidak berfikir
Ada Ilmu tanpa amal

Santunkah kita
Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta
Kita mencintai kehidupan melupai kematian
Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan.



Maklumat Tambahan


  • Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran manusia dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961). 
  • Nilai menjadi ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan Abdul Kadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri mengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka.Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun. Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. 
  • Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalam ungkapan berikut.
    • Ketika orang diam 
    • Aku bersorak 
    • Ketika orang duduk aku berdiri 
    • Ketika orang memberi 
    • Aku meminta Ketika orang bekerja.
    • Aku terlena Ketika orang dipuncak
  • Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Maka wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. 
  • Oleh itu, seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata. 
  • Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya dalam keadaan tertentu. 4 Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan.
  •  Menyedari hakikiat ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah mempelajari kesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dengan nama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsas bermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun 2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 diajarkan Komsas. 
  •  Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas. Antara objektifnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat: melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan; · menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara. 
  •  Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus faham dan sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain. Mereka juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa mereka berkomunikasi.
  • Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan seperti yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Sebagai contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada kesantunan berbahasa. 
    • Antaranya termasuklah: 1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.
    •  1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun. 
    • 1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi seseorang. Untuk merealisasikan pencapaian objektif ini, pemilihan bahan pengajaran adalah penting. 
  • Guru harus bijak memanipulasikan bahan pengajaran yang ada, khususnya teks Komsas. Dalam teks Komsas banyak terdapat unsur nilai dan kesantunan berbahasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran Komsas harus bersepadu dengan pengajaran kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar dan bertutur, memabaca dan memahami, dan menulis. 
  •  Sebagai contoh, marilah kita sama-sama meneliti petikan yang berikut ini: 
    •  “Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.” Begitu kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah. “Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut. Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” kata ibunya di muka pintu. Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya.Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya bertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga. Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya teratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan. “Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah. Dia baik kat Ramli.” Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu. Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. “Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli. “Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan. (Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54) 
  •  Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentuk perlakuan, iaitu perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa. 
  •  (a) Perlakuan bahasa 
    •  (i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan “Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.” 
    • (ii) Kata-kata pujian “…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” 
    • (iii) Kata panggilan yang sesuai “Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli. “Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan. 
  •  (b) Bukan perlakuan bahasa 
    •  (i) Empati Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan. 
    • (ii) Air muka/ raut wajah …wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya. 
    • (iii) Menujukkan sikap bertanggungjawab Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. 
  • Berdasarkan contoh petikan di atas, guru wajar memberikan penekanan kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang terdapat dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan, dan bukan “dipaksakan”. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar belajar kesantunan bukan dengan kata-kata, tetapi dengan rasa.

Tutorial 6

Kuliah 10

Strategi Kesantunan Lisan

-Masyarakat Melayu menganggap amat memberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar.

-Oleh itu , mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik semasa berinteriaksi secara lisan.

-Justeru , orang Melayu menggunakan pelagai strategi semasa berinteraksi.

-Strategi kesantunan yang digunakan :

· Strategi ikhlas

· Strategi merendah diri

· Strategi maaf

· Strategi penyelesaian

· Strategi memberi peluang

· Strategi penghargaan dan pujian

· Strategi berterima kasih

· Strategi kiasan

· Strategi berhemah dan lemah-lembut

· Strategi bersalam dan memperkenalkan diri

· Strategi kecindan

· Strategi menyapa/ menegur

· Strategi ungkapan Rabani

~ Strategi ikhlas : Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai.

~Strategi merendah diri : Menggunakan ungkapan-ugkapan membawa maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri.

~Strategi maaf : Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu.

~Strategi penyelesaian: Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.

~Strategi memberi peluang : Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.

~ Strategi penghargaan dan pujian : Urusan yang menunjukkan seseorang itu dihargai kerana sesuatu tindakan yang disenangi.

~Strategi berterima kasih : Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap seseorang yang telah membuat sesuatu kebaiankan atau pertolongan.

~Strategi kiasan : Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka seseorang.

~Strategi berhemah dan lemah-lembut : Menggunakan ujuran yang halus dan tidak kasar untuk membuat teguran atau nesihat supaya pendengar tidak berkecil hati.

~Strategi kecindan : Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan gembira.

~Strategi menyapa/menegur : Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang.

~Strategi ungkapan Rabani : Menggunakan ujaran seperti Bismillah , Alhamdulillah , doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah.

Kuliah 9

BAHASA TUBUH
Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan.  Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.  Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu.  Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.
Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama ada apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif, sama ada dia bercakap terbuka atau defensif, bosan atau berpura-pura minat.
Dengan membaca bahasa tubuh kita dapat mengetahui….
ü  Bila kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan
ü  Bila patut berhenti
ü  Bila kita perlu membuat sesuatu yang lain sama sekali
Jika gagal membaca bahasa tubuh orang yang dilawan bercakap, kita akan gagal menyakinkan mereka.
i.        Gerakan Anggota Badan
Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan  mempunyai makna tertentu.  Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.  Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami  oleh semua orang seperti;
•     Isyarat gerakan tangan
•     Isyarat air muka
•     Bahasa tubuh
Komunikasi tanpa lisan boleh menyampaikan sesuatu utusan yang sukar untuk dilahirkan melalui perutusan atau tulisan. Isyarat tanpa lisan menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang dan boleh digunakan untuk;
•     mengukuhkan hujah/ mesej yang disampaikan
•     mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang tersirat melalui isyarat tanpa  lisan yang ditunjukkan oleh penerima mesej.
ii.       Gerakan Mata
Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan.  Contohnya:
•     Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat
•     Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya
•     Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
•     Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.
iii.      Gerakan Tangan
Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.  Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.  Contohnya:
ü  Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.
ü  Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya.
ü  Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap.
ü  Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
ü  Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu.
    iv) Mimik Muka
Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Contohnya:
o   Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.
o   Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadianseseorang
o   Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya.

o   Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.

Kuliah 8

PERATURAN BERBAHASA

Ø Aspek Linguistik
 ü Sebutan
 ü Intonasi
 ü tatabahasa

Ø Aspek Sosiolinguistik
 ü Jarak Sosial
 ü Giliran Bercakap
 ü Memulakan dan Mengakhiri Percakapan
 ü Konteks Percakapan

Ø Aspek Pragmatik
 ü Pemilihan Kata
 ü Tujuan/Matlamat


Peraturan Berbahasa

Ø Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturanperaturan yang tertentu.

Ø Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu
mengamalkan santun bahasa.

Ø Peraturan tersebut terdiri daripada tiga iaitu:
i. Peraturan linguistik
ii. Peraturan sosiolinguistik
iii. Peraturan pragmatik

1. Peraturan linguistik

Ø Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.

Ø Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa.

Ø Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.

Ø Bagi urusan tidak rasmi kadang-kadang pengaruh dialek  bahasa akan digunakan oleh penutur.


Ø Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada peraturan linguistik yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi.

Ø Contohnya, penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya mestilah dipatuhi dalam komunikasi bertulis seperti dalam penulisan surat, laporan dll.

Ø Begitu juga penggunaannya dalam komunikasi lisan seperti kata ganti diri yang tepat terhadap seseorang.

Ø Intonasi percakapan hendaklah rendah apabila bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua.

Ø Intonasi yang tinggi tidak dianggap biadab jika berinteraksi dengan sahabat handai yang rapat.

Ø Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus supaya dapat menjelaskan mesej dengan baik serta santun.

Ø Sebab pertama peraturan linguistik dipatuhi adalah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan.

Ø Sebab kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat dapat mengurangkan jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek atau keragaman bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak.

2. Peraturan sosiolinguistik

ü Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan).

üPeraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.

ü Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.

ü Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.

ü Penggunaan gelaran( seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan lain-lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang
Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.

ü Dalam suasana tidak rasmi juga masih diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara.

ü Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.

ü Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan
perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.

ü Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya , misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.

ü Maksudnya komunikasi yang santun mestilah diambil kira faktor jarak sosial.

ü Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.

ü Sekiranya kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya rapat dengan kita seperti rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali sekiranya kita berbual dengan ibu bapa atau orang-orang yang lebih tua daripada kita.

ü Begitu juga jika kita berinteraksi dengan orang yang mempunyai status yang lebih tinggi seperti sultan, menteri, pengarah dan sebagainya sudah pasti berbeza sebutan, pemilihan kata, sebutan
bahasa yang digunakan.

ü Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik.

ü Aspek sosiolinguistik seterusnya ialah cara memula dan mengakhiri percakapan juga mempengaruhi kesantunan berbahasa.

ü Bagi masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi/selamat petang dan memberikan kata-kata hormat kepada
hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang-orang tua.

ü Manakala mengakhiri percakapan dengan mengucapkan terima kasih dan diakhiri dengan wabillahhitaufik warahmatullahhiwabaratuh.

ü Selain itu, masyarakat Melayu juga mementingkan giliran percakapan.

ü Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan.

ü Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap.

ü Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua mestilah memastikan orang tua telah habis bercakap dan memulakan bicara dengan berkata “ maafkan saya, bolehkah saya memberikan pendapat.”

ü Begitu juga seorang anak dianggap biadab sekiranya memintas atau menyampuk percakapan ibu bapanya yang sedang bercakap. Jika hendak bercakap pastikan ibu bapa telah selesai bercakap.

ü Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi kesantunan berbahasa.

ü Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta sesuatu, maka penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada saya.”


ü Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah menggunakan bahasa yang memujuk dan halus serta tidak meninggikan nada suara.

ü Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika semasa berkomunikasi.

ü Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah begitu ketat dipatuhi.

ü Namun begitu, kesantunan berbahasa dari segi konteks percakapan bergantung kepada perkara-perkara berikut:
→ Pertama, berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan, tetapi juga berkaitan dengan perbuatan. Perkataan yang tergolong santun, tetapi apabila diiringi dengan perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak santun, maka perkataan itu dikatakan tidak santun.
→ Kedua, perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada keadaan. Suatu perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu mungkin dipandang santun, tetapi jika diucapkan pada keadaan yang lain mungkin dianggap tidak santun.
→ Ketiga, aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada tujuan percakapan. Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun memuji masakan isteri dengan mengatakan ‘ Masakan sayang sedap!, tidak dianggap santun oleh isterinya sekiranya dinterpretasikan sebagai sindiran, misalnya dalam konteks suami menyindir istrinya yang tidak pandai
memasak.

3. Peraturan pragmatik

v Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan.

v Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.

v Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang.

v Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.

v Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.

v Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama
kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain.

v Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.

v Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan, pemaparan, penghujahan , pembujukan dll.

v Setiap wacana tersebut memerlukan pemilihan kata yang berbeza yang sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya.

v Misalnya wacana jenis penceritaan seperti cerpen dan novel memerlukan bahasa yang halus, pemilihan kata yang puitis, serta penggunaan ayat-ayat yang menarik supaya menarik minat pembaca.

v Jika kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk penggunaan kata-kata pujian banyak digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih dll supaya dapat mempengaruhi oarang yang dipujuk.